Ampunkan Dosaku menceritakan Hassan (Shahrol Nizam) yang tidak henti-henti diuji dengan pelbagai dugaan dan kesulitan hidup, dia selalu sahaja menjadi mangsa Fatimah (Wan Maimunah) disebabkan dendam lama yang masih tersemat di dalam hatinya walaupun ibu Hassan telah lama meninggal dunia. Sebagai ibu tiri Hassan, Fatimah masih tidak dapat menerima kehadiran Hassan di dalam rumahtangganya. Seribu satu fitnah dilontarkan terhadap Hassan, seorang remaja naif yang dahagakan kasih sayang seorang ibu. Kebencian Fatimah terhadap Hassan membuat dia nekad meletak racun di dalam makanan Hassan, namun mujur Hassan selamat untuk kali ini.

Suatu hari, Fatimah berjaya juga mengenakan Hassan apabila dia diusir oleh bapanya iaitu Osman (Raisudin Hamzah) atas kesalahan yang tidak dilakukannya. Sejak itu, Hassan hidup merempat, bawah jambatan dan kaki lima adalah rumahnya sehinggalah dia bertemu dengan Sulaiman (Arash Mohd) dan isteri yang baru sahaja kematian anak mereka. Walaupun begitu, Fatimah yang masih tidak puas hati dengan Hassan telah mengupah orang untuk memukul Hassan. Hassan membuat keputusan membawa diri ke bandar bagi memulakan hidup baru.

Beberapa tahun kemudian, Hassan yang telah berkahwin dengan Sarimah menjalani hidup yang lebih baik bekerja di kilang dan mula berjinak-jinak menjadi penggubah lagu. Sarimah yang sarat mengandung sebenarnya sedang bertarung dengan nyawa, dia merahsiakan penyakitnya dari pengetahuan Hassan yang menjaganya seperti menatang minyak yang penuh. Sarimah meninggal dunia sebaik sahaja melahirkan anak lelaki mereka. Hassan yang masih sebak dengan pemergian isterinya berjanji akan menjaga anak lelaki mereka yang diberi nama Sazali (Zul Huzaimy) dengan penuh kasih sayang dan akan mengotakan apa sahaja yang dipinta oleh Sazali.

Kini, Hassan semakin senang. Dia telah membeli kilang di mana dia bekerja selama ini dan sebuah rumah besar untuk keselesaan Sazali. Namun, seperkara yang Hassan tidak tahu, Sazali baik di matanya tetapi di luar, Sazali merompak, terlibat dengan kumpulan samseng dan mempermainkan wanita sebagai pemuas nafsunya. Rokiah (Sharifah Amani), anak gadis Kassim (Zamarul Hisham) dan Suminah (Emelda Rosmila) yang baru pulang dari luar negeri. Sazali terpikat dengan Rokiah tetapi tidak mencintainya, dia hanya ingin memuaskan nafsu binatangnya.

Selama ini, Rokiah menganggap Sazali lelaki yang sempurna dan terbaik untuknya. Ternyata pandangan Rokiah meleset. Dia telah kehilangan sesuatu yang berharga di dalam hidupnya. Rokiah sedih tetapi terpaksa menerima hakikat itu dan menguatkan diri untuk menceritakan perkara sebenar kepada Hassan. Hassan sukar untuk menerima realiti anak yang ditatangnya selama ini lebih kejam daripada ibu tirinya, Fatimah. Hassan tidak mahu mengaku Sazali sebagai anaknya. Sazali dihalau daripada rumah tanpa sesen wang. Sazali yang hidup sebatang kara menyesali segala dosa yang pernah dilakukannya. Dia disahkan menghidap HIV dan keadaannya semakin nazak. Apakah yang bakal berlaku seterusnya selepas Rokiah dan Hassan mengetahui keadaan sebenar Sazali? Masih adakah timbang rasa di dalam hati mereka berdua untuk memaafkan segala dosa Sazali sebelum dia menghembuskan nafas terakhir?

Pelakon Drama Ampunkan Dosaku Slot Azalea TV3

Sahronizam Noor, Norish Karman, Zul Huzaimy, Sharifah Amani, Zamarul Hisham, Emilda Rosmila, Raisudin Hamzah, Wan Maimunah, Arash Mohamad, Melissa Saila, Roy Azman, Siti Elizad, Shafie Naswip, Fimie Don, Mia Sara Nasuha, Muhd Izzilham Nazuadi, Mohd Daniel, Maysarrah.

Download Drama Ampunkan Dosaku Slot Azalea TV3

Ampunkan Dosaku – Episod 01
Ampunkan Dosaku – Episod 02
Ampunkan Dosaku – Episod 03
Ampunkan Dosaku – Episod 04
Ampunkan Dosaku – Episod 05
Ampunkan Dosaku – Episod 06
Ampunkan Dosaku – Episod 07
Ampunkan Dosaku – Episod 08
Ampunkan Dosaku – Episod 09
Ampunkan Dosaku – Episod 10
Ampunkan Dosaku – Episod 11
Ampunkan Dosaku – Episod 12
Ampunkan Dosaku – Episod 13
Ampunkan Dosaku – Episod 14
Ampunkan Dosaku – Episod 15
Ampunkan Dosaku – Episod 16
Ampunkan Dosaku – Episod 17
Ampunkan Dosaku – Episod 18
Ampunkan Dosaku – Episod 19
Ampunkan Dosaku – Episod 20
Ampunkan Dosaku – Episod 21 akan datang




Pistachio Dayana mengisahkan tentang seorang gadis bernama Dayana yang berperwatakan kasar namun sebaliknya pula di alam maya.

Menggunakan nama Pistachio Dayana di laman sosial, dia terpikat pada seorang kenalannya yang menggunakan nama samaran Kiwan Peas. Kiwan Peas atau nama sebenarnya Ikhwan merupakan seorang jejaka yang tampan, periang dan berbudi bahasa. Menggunakan iPad yang sering dibawa ke mana sahaja, Ikhwan atau lebih dikenali dengan Ikh seringkali membalas mesej peribadi Dayana di laman sosial.

Hendak dijadikan cerita, suatu hari, Dayana keluar berjalan setelah terasa dirinya diasingkan semenjak ayahnya berkahwin lagi setelah kematian ibunya. Dayana singgah di sebuah kedai untuk mencari kacang Pistachio kegemarannya, namun tiada dan terpaksa membeli kacang yang lain atas cadangan pemilik kedai tersebut. Malangnya, kacang yang dimakan membuatkan Dayana mengalami sakit perut dan kebetulan pula dia berada berhampiran restoran milik abangnya, Faris lalu segera ke sana.

Sewaktu ke bilik air, Dayana dan Ikhwan bertembung, namun berlaku kejadian yang tidak diingini membuatkan kedua-dua mereka salah faham. Dayana menjerit membuatkan abangnya segeramelihat keadaan yang berlaku. Disebabkan mereka berdua tidak pernah bersua muka, Dayana terus menganggap Ikhwan sebagai orang asing atau pervert yang mengekorinya pulang.

Sebaliknya Ikhwan seolah-olah mengetahui Dayana itu ialah Pistachio Dayana dan mula memberi cadangan kepada Dayana supaya mengejarnya. Keadaan mula menjadi kelam-kabut, adakah Dayana dapat menerima Ikhwan sebagai Kiwan Peas atau segera tidak berkawan lagi di laman sosial.

Free Download Drama Pistachio Dayana Slot Aurora TV9

Pistachio Dayana – Episod 01
Pistachio Dayana – Episod 02





Jujur Aku Dayus mengisahkan pasangan suami isteri, Edree dan Lisa yang hidup bahagia selepas perkahwinan yang berusia lebih setahun. Sebagai seorang pegawai berprofil tinggi, Edree memikul tanggungjawab besar di dalam syarikat. Suatu hari, dia ditugaskan untuk ke luar negara dan selepas lapan tahun keika dalam perjalanan puang ke rumah untuk melepaskan rindu kepada isteri tercinta, Edree ditimpa kemalangan menyebabkan dia koma.

Pelakon Drama Jujur Aku Dayus Cerekarama TV3

Nora Danish, Beto, Zul Ariffin, Irma Hasmie

Free Download Drama Jujur Aku Dayus Cerekarama TV3

Jujur Aku Dayus – Part 1 | Part 2




Bunga–Bunga Syurga mengisahkan tentang perjuangan seorang pemuda memberi pendidikan agama kepada kanak-kanak dan menyelamatkan kehidupan tiga anak yatim piatu yang dipelihara oleh ibu saudaranya yang kejam selepas ibubapa mereka mati dibunuh. Emilia (Eyka Farhana), 17, Nadia (Eira Hazali), 13 dan Haziq (Daniel Hakim), 12, terpaksa diserahkan kepada bapa saudara mereka, Azmin (Hilal Azman), selepas ibubapa mereka, Imran dan Mira mati dibunuh. Kematian Imran dan Mira masih misteri walaupun kes sudah bertahun berlalu.

Bapa saudara mereka, Azmin sanggup menerima amanah untuk memelihara anak-anak saudaranya tetapi isterinya, Baidah (Rozita Che Wan) berasa terpaksa. Apabila Baidah mengetahui Emilia, Nadia dan Haziq mewarisi harta jutaan ringgit, barulah dia tersenyum untuk menerima kedatangan mereka. Bagaimanapun Azmin mengkhianati amanah tersebut apabila memakan sebahagian daripada harta anak-anak yatim itu kerana hasutan Baidah. Baidah tidak pernah puas dengan apa yang dimilikinya, dia memaksa Azmin mengambil lagi walaupun Azmin tidak berani kerana peguam mula mengesyaki pengeluaran wang yang berlebihan.

Dalam satu pertengkaran, Azmin ditembak oleh Baidah menyebabkan dia lumpuh. Sewaktu lumpuh, Azmin sering bermimpi perkara-perkara buruk seperti dibakar dalam api neraka, meminum darah busuk dan banyak lagi. Ini membuatkan Azmin mula insaf akan perbuatannya dan kembali ke jalan Allah s.w.t. Dia juga enggan menandatangani borang pengeluaran wang yang diminta oleh Baidah. Baidah yang marah pada waktu itu telah menolak kerusi roda Azmin menyebabkan Azmin terjatuh.

Namun kepulangan anak kedua Azmin, Aiman (Johan As’ari) selepas tamat pengajian di Australia memberi sinar harapan buat Emilia, Nadia dan Haziq. Aiman pulang ketika Baidah dan kakak Aiman, Zila (Bea Rameshan) sedang menyeksa mereka bertiga. Aiman bertindak membawa ketiga-tiga anak ini keluar dari rumah tersebut. Walaupun menuntut dalam bidang perakaunan, Aiman banyak menimba ilmu agama di madrasah pengajian Islam di Australia. Aiman mula mengadakan kelas tuisyen dan menghafaz al-Quran bagi pelajar yang berhampiran dengan rumahnya.

Atas bantuan Haji Halim (Dato’ Eizlan Yusof), Aiman pergi ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan tauliah dari Jabatan Agama bagi meneruskan kelas hafazannya. Haji Halim banyak menceritakan tentang anaknya, Shaffiyah yang terpaksa bekerja di bandar untuk membantu membiayai pusat pengajiannya. Haji Halim menceritakan sahsiah Shaffiyah sebagai gadis baik dan pandai mengaji. Bagaimanapun, apabila melihat gambar Shaffiyah, Aiman terkejut kerana Shaffiyah adalah Sofia (Wawa Zainal), perempuan simpanan bapanya, Azmin.

Sofia enggan pulang ke kampung kerana malu dan dihantui rasa bersalah dengan bapanya. Oleh kerana dendam yang menebal, Zila bertindak mencederakan Sofia sehingga Sofia terpaksa menerima rawatan selama sebulan di hospital. Haji Halim membawa Sofia pulang walaupun masih lemah dan memerlukan masa untuk Sofia sembuh sepenuhnya. Pertemuan di surau mengejutkan Sofia kerana Aiman tidak pernah membangkitkan tentang hubungan Sofia dengan bapanya. Akhirnya, Sofia sendiri menceritakan kepada Aiman bagaimana hubungan sulit itu terjadi.

Aiman mahu Sofia berterus-terang tentang perkara sebenar kepada bapanya walaupun Sofia cuba untuk terus merahsiakannya. Apakah yang berlaku seterusnya setelah Haji Halim mengetahui hal sebenar?

Pelakon Drama Bunga-Bunga Syurga Slot Zehra TV3

Bunga-Bunga Syurga dibintangi oleh Johan Asari, Wawa Zainal, Hilal Azman, Eyka Farhana, Rozita Che Wan, Eizlan Yusuf, Bea Ramesan, Eira Hazali, Amirul Danial dan Lazizah.


Download Link:

Bunga-Bunga Syurga – Episod 01
Bunga-Bunga Syurga – Episod 02



Semadikan Aku menceritakan mengenai Sani dan isterinya, Elly. Elly menghadapi konflik jiwa kerana berasakan Sani berubah sikap setelah naik pangkat sebagai pemandu VIP. Sani sebelum ini hanyalah mat despatch dan Elly lebih berpendidikan tinggi. Elly berasa suaminya mempunyai skandal dengan wanita lain.

Suatu malam, Sani mengajak Elly pulang ke kampung Mak Ngahnya. Dalam perjalanan pulang ke kampung yang agak terpencil, Sani ditemani oleh radio yang dipasang kuat manakala isterinya nyenyak tidur. Sepanjang perjalanan, Elly asyik tidur dan tidak sedar apa-apa.

Jam pukul 3 pagi di tepi jalan yang berkabus, Sani ternampak kelibat seorang gadis cantik. Gadis tersebut menahan keretanya. Di fikiran Sani, gadis Itu nampak normal, tiada yang pelik. Gadis tersebut meminta pertolongan untuk menumpang ke Kampung Air Wangi kerana basikalnya rosak. Gadis itu memperkenalkan dirinya sebagai Saleha. Dalam kereta, Saleha menceritakan kisah seram tentang seorang gadis yang diperkosa dan dibunuh di kawasan berdekatan. Tiba di satu simpang, Saleha minta diturunkan. Sani pelik kerana tidak ada kelihatan rumah yang berdekatan. Dia mengekori gadis itu tetapi gadis itu ghaib dan apa yang ditemuinya hanyalah tanah perkuburan.

Sani menceritakan peristiwa pelik yang dialaminya kepada sepupunya, Jamil. Menurut Jamil, sudah ramai diganggu oleh jelmaan hantu gadis tersebut.

Sani cuba menjejak kembali tempat terakhir gadis tersebut tetapi tidak menemui apa-apa. Manakala isterinya Elly diganggu perkara misteri ketika berada di kampung. Elly juga obses untuk mencari bukti kecurangan suaminya. Elly berasa tidak selamat dengan perkahwinannya kerana dia tidak dikurniakan anak dengan Sani.

Suatu hari, Jamil membuka cerita tentang seorang gadis yang pergi ke KL tetapi tidak pulang-pulang. Apabila ditanya nama gadis tersebut, dia menyebut Saleha dan membuatkan Sani tergamam.

Apakah yang bakal berlaku seterusnya?

Free Download Drama Semadikan Aku Cerekarama TV3

Semadikan Aku – HotFiles | MediaFire

SDTVRip [UPDATE EP 13]

::Senario Misteri Bamboo!! (2011) [Weekly Update] SDTVRip RMVB
Genres:Comedy

Plot Series
Berhibur dan bergelak ketawa dengan kumpulan komedi Senario.

DOWNLOAD
EPISODE 9
MEDIAFIRE
OR
PUTLOCKER
OR
UPLOADED
OR
SENDSPACE

EPISODE 10
MEDIAFIRE
OR
UPLOADED
OR
SENDSPACE

EPISODE 11
MEDIAFIRE
OR
UPLOADED
OR
SENDSPACE

EPISODE 12
MEDIAFIRE
OR
UPLOADED
OR
SENDSPACE

EPISODE 13
MEDIAFIRE
OR
JUMBOFILES
OR
UPLOADED
OR
SENDSPACE

[Malay] SDTVRip (Ep13-20) – Varza


Membariskan pelakon-pelakon handalan seperti Nabila Huda, Puteri Sarah, Beto Kushairy, Johan Ariff Asa'ri, Wati Sadali, Fathil Dani, Abu Bakar Juah dan ramai lagi, drama bersiri 25 episod ini mendapat sentuhan kreatif daripada sutradara Mohamed Feroz Kader dan penulis skrip Zahirah Hassan.

Episod 13

Episod 14

Episod 15

Episod 16

Episod 17

Episod 18

Episod 19

Episod 20

Filem Popular