Semadikan Aku(DL)(2012)(DRAMA)



Semadikan Aku menceritakan mengenai Sani dan isterinya, Elly. Elly menghadapi konflik jiwa kerana berasakan Sani berubah sikap setelah naik pangkat sebagai pemandu VIP. Sani sebelum ini hanyalah mat despatch dan Elly lebih berpendidikan tinggi. Elly berasa suaminya mempunyai skandal dengan wanita lain.

Suatu malam, Sani mengajak Elly pulang ke kampung Mak Ngahnya. Dalam perjalanan pulang ke kampung yang agak terpencil, Sani ditemani oleh radio yang dipasang kuat manakala isterinya nyenyak tidur. Sepanjang perjalanan, Elly asyik tidur dan tidak sedar apa-apa.

Jam pukul 3 pagi di tepi jalan yang berkabus, Sani ternampak kelibat seorang gadis cantik. Gadis tersebut menahan keretanya. Di fikiran Sani, gadis Itu nampak normal, tiada yang pelik. Gadis tersebut meminta pertolongan untuk menumpang ke Kampung Air Wangi kerana basikalnya rosak. Gadis itu memperkenalkan dirinya sebagai Saleha. Dalam kereta, Saleha menceritakan kisah seram tentang seorang gadis yang diperkosa dan dibunuh di kawasan berdekatan. Tiba di satu simpang, Saleha minta diturunkan. Sani pelik kerana tidak ada kelihatan rumah yang berdekatan. Dia mengekori gadis itu tetapi gadis itu ghaib dan apa yang ditemuinya hanyalah tanah perkuburan.

Sani menceritakan peristiwa pelik yang dialaminya kepada sepupunya, Jamil. Menurut Jamil, sudah ramai diganggu oleh jelmaan hantu gadis tersebut.

Sani cuba menjejak kembali tempat terakhir gadis tersebut tetapi tidak menemui apa-apa. Manakala isterinya Elly diganggu perkara misteri ketika berada di kampung. Elly juga obses untuk mencari bukti kecurangan suaminya. Elly berasa tidak selamat dengan perkahwinannya kerana dia tidak dikurniakan anak dengan Sani.

Suatu hari, Jamil membuka cerita tentang seorang gadis yang pergi ke KL tetapi tidak pulang-pulang. Apabila ditanya nama gadis tersebut, dia menyebut Saleha dan membuatkan Sani tergamam.

Apakah yang bakal berlaku seterusnya?

Free Download Drama Semadikan Aku Cerekarama TV3

Semadikan Aku – HotFiles | MediaFire

Filem Popular