Nur Kasih The Movie(2011)(DL)




Seperti diketahui ramai, fenomena "Nur Kasih" bukan tercetus di Malaysia sahaja. Sebaliknya negara jiran seperti Singapura dan Brunei juga turut terkena tempias ini. Selepas berjaya meraih19 juta penonton menyaksikan "Nur Kasih" di kaca televisyen, kini pengarah Kabir Bhatia mengangkat drama bersiri popular ini ke layar perak pula. Gandingan sang pengarah dan isteri, Mira Mustafa selaku penulis skrip bagaikan sudah menjadi satu jenama dalam industri perfileman tempatan. Pasangan ini menjadi perhatian ramai selepas kejayaan filem "Cinta" pada tahun 2006.

Masih lagi mengetengahkan tiga pelakon utama iaitu Aidil (Fizz Fairuz), Adam (Remy Ishak) dan Nur Amina (Tiz Zaqyah), "Nur Kasih The Movie" (NKTM) mengisahkan kehidupan mereka selepas enam tahun berlalu. Aidil terpaksa membesarkan dua orang anaknya bersendirian setelah kehilangan isteri tercinta (lakonan Ayu Raudhah). Manakala Adam dan Nur pula terpaksa berhadapan dengan pelbagai dugaan walaupun hidup bahagia.

Sama seperti drama bersiri, NKTM menyelitkan nilai keislaman dan kekeluargaan yang jarang sekali ditampilkan oleh pengarah dan penulis skrip tempatan lain. Ditambahkan pula dengan sinematografi yang cantik, tidak hairanlah "Nur Kasih" berjaya mencetuskan fenomena luar biasa. Walaubagaimanapun, penulis merasakan jalan cerita NKTM seolah-olah sukar mencari penamat yang sesuai dan agak berterabur. Kepada yang tidak mengikuti drama 26 episod ini, pasti akan mengambil masa sedikit untuk memahaminya kerana banyak yang cuba disampaikan, namun terpaksa mengejar 90 minit waktu tayangan. Secara tidak langsung, perjalanan cerita NKTM bagaikan hilang tumpuan. Tambahan pula terdapat beberapa imbasan semula diambil daripada drama yang semestinya akan membuatkan mereka yang tidak mengikuti akan keliru sebentar.

Jika dalam drama bersiri, banyak watak diwujudkan agar menghidupkan “Nur Kasih”. Namun untuk filem pula, hanya watak-watak utama sahaja dikekalkan dan ditambahkan dengan beberapa watak baru lakonan Syafie Naswip, Sara Ali dan Muniff Isa. Lakonan ketiga-tiga watak utama tiada jauh bezanya dengan apa yang disaksikan dalam drama. Semuanya berjaya menghidupkan watak masing-masing termasuklah dua pelakon cilik Mohd Ilyas Suhaimi dan juga Mia Sara yang semakin dikenali ramai.

Terdapat beberapa adegan menggunakan teknik (CGI). Namun sayang sekali kerana ia tidak dilakukan dengan baik sehinggakan kepincangan adegan tersebut jelas kelihatan oleh penonton.

Lebih baik daripada drama atau tidak, ianya terpulang kepada cita rasa masing-masing. Diterajui oleh barisan pelakon yang sering kali mencetuskan kontroversi, filem yang memakan kos perbelanjaan RM2.8 juta ini pasti mampu mencetus fenomena “Nur Kasih” sekali lagi.


::SCREENSHOT::
PREVIEW SCREENSHOT AVI
PREVIEW SCREENSHOT MKV
PREVIEW SCREENSHOT RMVB

DOWNLOAD
AVI VERSION
FILESERVE SINGLE LINK
OR
WUPLOAD SINGLE LINK
OR
FILESONIC SINGLE LINK
OR
UPLOADSTATION SINGLE LINK
OR
HOTFILE PART 1
HOTFILE PART 2
OR
MEDIAFIRE PART 1
MEDIAFIRE PART 2
MEDIAFIRE PART 3
MEDIAFIRE PART 4

MKV VERSION
FILESERVE SINGLE LINK
OR
WUPLOAD SINGLE LINK
OR
UPLOADSTATION SINGLE LINK
OR
MEDIAFIRE PART 1
MEDIAFIRE PART 2
MEDIAFIRE PART 3

RMVB VERSION
FILESONIC SINGLE LINK
OR
FILESERVE SINGLE LINK
OR
WUPLOAD SINGLE LINK
OR
UPLOADSTATION SINGLE LINK
OR
HOTFILE SINGLE LINK
OR
MEDIAFIRE PART 1
MEDIAFIRE PART 2



Filem Popular