Adnan Sempit 2(DL)(2012)





“Adnan Sempit” kini kembali dengan “Adnan Sempit 2”. Selepas meraih kejayaan yang luar biasa melalui filem “Adnan Sempit”, Pihak Metrowealth (MIG) yakin dengan kemunculan sekuel “Adnan Sempit 2”. Masih mengekalkan barisan pelakon yang sama iaitu Shaheizy Sam, Intan Ladyana dan dibantu oleh Yana Samsudin, Angah Raja Lawak dan Along Raja Lawak dan pastinya filem Adnan Sempit 2 menjanjikan sesuatu yang lebih menarik.

Walaupun masih mengekalkan barisan para pelakon yang sama, tetapi untuk filem “Adnan Sempit 2”, pengarahnya bukan lagi Ahmad Idham tetapi filem sekuel ini akan diarahkan oleh pengarah filem “Ngangkung” iaitu Ismail Bob Hasim.

Filem bergenre aksi komedi ini sudah pun memulakan penggambaran pada awal bulan Mei 2011. Kuala Lumpur menjadi pilihan lokasi bagi filem “Adnan Sempit 2”.
Secara ringkasnya “Adnan sempit 2” merupakan kesinambungan filem “Adnan Sempit”. Ia mengisahkan tentang Adnan (Shaheizy Sam) cuba mengambil hati ayah dan ibu Nadia. Setelah bejaya memiliki hati Nadia, kini Adnan (Shaheizy Sam) masih belum berjaya memiliki hati ayah Nadia (Intan Ladyana) iaitu Datuk Isnin (Datuk Ahmad Tamimi Siregar) kerana hubungan mereka masih tidak direstui. Adnan berhadapan dengan ujian lebih besar di mana Datuk Isnin meletakkan syarat kepada Adnan supaya Adnan fasih bertutur dalam Bahasa Inggeris dan mengubah penampilan dirinya menjadi seorang korporat dalam masa 30 hari. Adnan yang mengalami masalah untuk mengubah penampilannya meminta bantuan rakannya Bobby (Along Raja Lawak) untuk menjadi perunding imej dan akhirnya bobby mengeluarkan idea-idea untuk membantu Adnan dalam mengubah imej dan bertutur dalam Bahasa Inggeris.

Adakah Adnan mampu menyahut cabaran yang diberikan oleh Datuk Isnin? Semuanya akan terjawab dalam filem ADNAN SEMPIT 2.

DOWNLOAD
FREAKSHARE
OR
SHAREFLARE
OR
UPLOADED
OR
RAPIDSHARE PART 1
RAPIDSHARE PART 2
RAPIDSHARE PART 3
OR
JUMBOFILES PART 1
JUMBOFILES PART 2
JUMBOFILES PART 3
JUMBOFILES PART 4
JUMBOFILES PART 5
OR
MEDIAFIRE PART 1
MEDIAFIRE PART 2
MEDIAFIRE PART 3
MEDIAFIRE PART 4
MEDIAFIRE PART 5

Filem Popular